WELCOME TO JENNA PAGE

Followers

Shout Box

Kreativiti Dalam Kerja


1 Tahu bagaimana untuk melihat
Ini kerana, kita membesar dalam lingkungan khusus dengan peraturan dan pendapat yang khusus. Kita belajar untuk melihat sesuatu dengan cara yang sangat terbatas. Didikan kita, pengajar dan pemerintah membentuk pemikiran kita dengan cara yang sangat khusus.

 

2 Jadikan pemikiran kita sesuatu yang nyata, bukan maya
Pernahkah anda terhalang dengan idea dan kemudian menghadapi situasi yang sukar dijelaskan secara rasional kepada sesiapa? Oleh itu anda sudah mengetahui bahawa tahu bagaimana untuk melihat tidak cukup. Anda perlu menjadikan pemikiran anda sesuatu yang “orang boleh nampak dan orang boleh faham” supaya anda boleh berkomunikasi dengan orang lain tentang apa yang anda lihat.

3 Berfikir secara terbuka(fasih)
Jika anda masih fikir tentang kreativiti bakat yang luarbiasa sebagai bakat yang dianugerahkan pada individu yang mencipta idea mereka kepada sesuatu yang luarbiasa hebatnya fahami kembali point1 dan point2. Kreativiti memerlukan kerja…kerja yang sangat banyak. Dari hasil kerja yang banyak, kreativiti akan terbina.



4 Lihat pada sisi yang lain
Terdapat banyak cara untuk menghadapinya, sama ada anda atau bukan anda(mirror). Cara termudah bagaimana untuk medapatkan dua atau lebih pendapat @ idea pada masa yang sama dalam menentukan karya-karya Picaso.



5 “Connect the unconnected”
Anda boleh menukarkan cara anda berfikir dengan menghubungkan subjek dengan sesuatu yang tak berhubung kait.

6 Lihat ke dunia lain
Cari ilham di tempat yang tak dijangka, dan jangan terkejut jika anda mendapat jawapan disana.

7 Mencari apa yang masih belum anda cari
Sasaran kedua dari bawah tentang kerja kreatif ialah untuk mencari penyelesaian yang mungkin…tetapi hanya selepas menempuhi banyak kegagalan.

8 Menghidupkan semangat kolaboratif
Anda tahu anda tidak boleh membuat semua kerja secara menyendiri. Anda memerlukan pelanggan untuk membeli idea dan ilham, untuk sandaran pada kejayaan.