WELCOME TO JENNA PAGE

Followers

Shout Box

Petua


MEMEKATKAN SUP
Jika anda merasa sup terlalu cair dan anda ingin memekatkannya, masukkan sedikit kentang rebus yang dilenyek. Kacau sehingga sebati. Pasti sup yang dimasak menjadi lebih pekat.


 Boleh juga memekatkan sup denggan menggunakan tepung jagung


CUCUR LEMBUT DAN RANGUP
Jika anda inginkan cucur yang lembut dan rangup, pastikan anda membancuh tepung gandum dengan air suam tetapi sebaiknya dengan air panas. Kacau sehingga sebati. Dengan cara ini, cucur yang dimasak akan lebih lembut dan akan tetap lembut walaupun telah sejuk. Untuk merangupkan cucur, masukkan 2 sudu besar minyak panas ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata-rata, kemudian barulah digoreng.


Kerangupan cucur


KURANGKAN PAHIT PERIA
Untuk menghilangkan rasa pahit pada peria, pastikan anda merendam peria di dalam air garam sebelum dimasak. Tidak perlu rendam terlalu lama, Cuma 20-30 minit sahaja.

CILI KERING CEPAT HANCUR
Masukkan sedikit minyak masak bersama cili kering. Kemudian kisar seperti biasa. Selain daripada cepat hancur, cili yang telah dikisar akan tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

 Semakin banyak minyak yang digunakan...cili akan bertahan lama