WELCOME TO JENNA PAGE

Followers

Shout Box

Syarat Jadi Lelaki Gentlemen

1 Jika kamu seorang perokok, jangan sesekali menghembuskan asap beracun itu ke muka orang di sekeliling anda. Misalnya warga tua, wanita hamil dan kanak-kanak.

2 Jika naik kenderaan awam, jangan main serbu sahaja. Tolong tunggu giliran dan beratur. Jika ada yang memerlukan bantuan, jangan berat tulang menghulurkan bantuan.

3 Jika naik kenderaan awam, jangan berat punggung memberikan tempat duduk kepada penumpang yang lebih memerlukan.

4 Jangan suka pandang rendah pada kemampuan orang lain, lebih-lebih lagi kepada wanita. Wanita zaman sekarang sangat competitive. Mereka bukan lagi makhluk yang boleh diperlekehkan.

5 Jangan suka tunjuk pandai lebih-lebih lagi kepada sesuatu perkara yang kamu sendiri kurang pasti. Lebih baik merendah diri.

6 Jangan mudah melenting jika orang lain menegur kesilapan yang kamu lakukan. Terima apa yang disampaikan sebagai satu teguran untuk kamu memperbaiki kelemahan diri.

7 Tolong hormat majlis. Lelaki kebanyakkannye tidak mahu menghormati majlis yang dihadiri khususnya dalam soal etika berpakaian. Jika majlis yang dihadiri mempunyai kod pemakaian, sila patuhinya. Jangan main sarung sahaja.

8 Bila di majlis sila hormat dan beri perhatian kepada perjalanan majlis. Jangan sesuka hati membuat agenda sendiri. Sila patuhi protocol.
 
9 Jangan ambil mudah soal penampilan. Pastikan diri selalu tampil kemas. Kebersihan diri mesti dijaga, jangan sampai orang di sebelah terpaksa menutup hidung menahan bau badan kamu yang tidak semenggah.

10 Tolong jaga kebersihan sekeliling di mana jua kamu berada. Jangan sesuka hati membuang sampah.

11 Tolong hormati sesiapa sahaja. Rakan sebaya, kanak-kanak dan lebih-lebih lagi kepada orang tua.

12 Jika hendak berlawak, biarlah yang senonoh. Tolong jaga sensitiviti orang sekeliling kamu. Lawak-lawak berunsur lucah sila tinggalkan.

13 Jika bercakap jangan sesekali meninggikan suara. Walaupun dalam keadaan marah, cuba kawal emosi agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

14 Jangan jadikan jalan raya sebagai trek berlumba. Jangan memandu laju sehingga membuatkan orang disebelah kamu menarik nafaz dan menutup mata kerana takut dengan cara kamu memandu. Fikirkan keselamatan orang lain.

15 Jika memandu sila patuhi semua peraturan. Lampu merah jangan dilanggar, tunggu giliran jangan suka memotong. Hormati pemandu-pemandu lain.

16 Bila berjalan-jalan bersama keluarga, jangan dibiarkan isteri kamu seorang mendukung dan membimbing tangan anak kamu.

17 Bagi yang keluar berjalan dengan isteri yang sarat mengandung, jangan kamu tinggalkannya dibelakang.


18 Jangan sesuka hati melepaskan rasa marah. Kurangkan atau buang sikap panas baran kamu.

19 Jangan ego. Jika kamu lakukan kesilapan, akuinya. Orang akan lebih menghormati kamu jika kamu mengakui kesalahan diri.

20 Jangan sesuka hati bersiul-siul atau mengurat perempuan.

21 Jika ke kelab hiburan atau ke mana sahaja, tangan kamu itu tolong duduk diam. Jangan suka meraba. Kawal nafsu diri.

22 Jika kamu ingin mengenali seseorang, gunalah dengan cara yang baik. Supaya si dia nampak sifat format yang kamu miliki.

23 Jika tinggal bujang, hormati jiran tetangga. Jangan tengah-tengah malam kamu menjerit-jerit bersorak bila pasukan kegemaran kamu menjaringkan gol.

24 Fahami dan ikuti adab hidup berjiran. Jaga kebersihan rumah. 

25 Kemudahan awamitu dicipta untuk kegunaan semua. Kamu lelaki, jangan sesuka hati merosakkan harta benda awam.

26 Jangan suka curi tulang sewaktu di pejabat. Walaupun kamu ketua jadilah conyoh yang baik kepada pekerja-pekerja lain.

27 Jangan perlakukan isteri seperti orang gaji. Memasak, mengemas rumah, membasuh kain dan lain-lain lagi. Sebagai seorang lelaki kamu bertanggungjawap meringankan beban kerja rumah.

28 Kalau diberi tugasan yang melibatkan kerja berkumpulan, jangan tahu memerintah sajaha.

29 Kalau sudah tahu kamu bukanlah seorang yang rajin berkemas, jadi janganlah pula kamu rajin membuat sepah.

30 Jangan suka melawan atau memberontak. Walaupun ada sesuatu yang kamu tidak suka, ada cara terbaik untuk membantah.

31 Pabila azan Maghrib berkumandang sila segera pulang, jangan buang masa dengan melepak bersama kawan.