WELCOME TO JENNA PAGE

Followers

Shout Box

Tips : Berjimatlah

Hah ini untuk budak-budak IPTA yang yang buat pinjaman PTPTN ye...

Korang selalu menganggap bile masuk je U mesti kat fikiran korang akan terlintas macam-macam benda, terutamanya;

"Masuk sem ni aku nak tukar hand phone lah."

"Masuk sem nanti aku nak shoping kat.......lah."

"Nanti aku nak beli baju ni."

and so on lah...

Korang tak sedar yang korang mempergunakan duit tu ke arah yang tak baik...Why not, mase shopping tu korang gune duit mak bapak korang sendiri jangan sentuh duit PT. Macam yang korang semua sedia maklum, duit PT tu untuk study bukan untuk berjoli...lepas tu bila time kena bayar balik, tau pulak liat nak membayarnya. Berjimatlah dengan duit PT, terutama pada korang yang pakai banyak duit dalam study...budak grafik, fesyen, photo ke...

Sini ada tips nak bagi, bagaimana nak save duit

1) Saya ada sorang kawan ni, saya sangat suka tengok dia gunakan duit PT dia. Dia list kan barang-barang yang dia beli berserta dengan harga barang-barang tu sekali, n than dia counting dan dapat total. Dia akan keluarkan duit dia sama dengan total yang dia dah kira-kira tadi. Mengapa tidak kamu mencubanya.

2) Let say korang jalan-jalan dan kebetulan mate korang tertumpu kat satu benda nih...RM1. Kenapa tidak korang kutip duit tu. Orang yang tercicirkan duit tu takkan patah balik sebab duit yang dia cicirkan cumalah RM1. Korang pegi balai polis nak bagi duit RM1 kate korang jumpa...jangan sok suci cam angel lak kat situ...korang nak mampos kene gelak? Tu pemberian yang Allah da bg sebenarnya, jadi ambil lah itu saranan saya.

3) Duit syiling, saya tau kebanyakkan lelaki tak suke ada duit syiling dalam wallet...betol x...korang tak yah susah-susah nak sedekah duit syiling tu kat mane-mane. Korang just beli tabung atau apa-apa kotak kecil khas untuk simpan duit syiling. Jangan pulak korang baek ati sangat bagi tau kawan korang "weh aku simpan duit aku kat sini au,kau tolong tengok-tengokkan, takut aku lupe ke."...ish...ish...ish....BAEK ATI nya bagi tau kawan dia. Esok-esok kawan ucap terima kasih sebab bagi duit tu. Kalau nak simpan duit, kena jadi seorang yang bijak.


4) Ok bila time keluar dengan kawan...biasenya hal ni terjadi dekat student pompuan. Sebagai contoh, kawan dia si Bedah ni punyalah banyak barang yang diamiknya, lepas tu bile time nak bayar tak bawak duit la, tak bawak wallet la katenya. Dia suh lah si Timah ni bayarkan...Selang 2-3 ari si Bedah ni dah lupa dia berutang, tapi si Timah ni dia ingat...saranan pada yang pegang watak sebagai Timah ni...pegilah mintak balik utang kat kawan tu yang nama Bedah ni. Sebab kadang-kadang yang biasa terjadi memang macam tu, si Bedah ni memang suka pergunakan si Timah. kalau tak sampai ati sekali pun, kena ingatkan dia jugak. Dare to face it!

5) Bila nak keluarkan duit dari bank tu, korang kena pandai baget untuk seminggu atau sebulan. Jangan keluarkan duit yang banyak dalam satu-satu masa. Sebab selagi duit banyak ditangan, selagi tu lah kita nak perabihkan,betul tak?



6) Bila time membeli. Kena pandai psyco penjual. Kena pandai urus niaga. Kena pandai tawar menawar. Contoh, harga kasut ni ade lah dalam RM50, bayangkan kedai tu tepi jalan je kot bukan dekat mall pown. RM50 korang rase macam tak berbaloi. korang kena pantai tawar menawar dengan penjual. Maybe korang nak beli kasut dua tawarkan harga RM70 ke RM80 ke. Kalau dia kate x boleh...cakap je tak nak beli...dia mesti akan kata ok.

7) Jangan buang duit 1sen, 5sen, 10sen dan semua yang sen-sen. Sebab duit 1sen, 5sen diterima di mall-mall atau supermarket yang besar. Contoh, barang ni harganya RM1.05, korang tak payah keluarkan RM2. Korang just keluarkan RM1 n 5sen, that's it!.



Belajarlah berjimat...anggap diri korang kedekut untuk keluarkan duit...tapi jangan sampai jadi mudarat pulak.

Tu je yang mampu aku cakap...sekian