WELCOME TO JENNA PAGE

Followers

Shout Box

Hakikat kejadian

A) HAKIKAT MANUSIA

1. Manusia dicipta dari tanah (atturab) iaitu menurut keasliannya, yakni Nabi Adam A.S.
2. Golongan yang taat dan ada pula yang derhaka.
3. Ada yang lelaki dan perempuan, jumlah manusia bertambah melalui perkahwinan.
4. Makhluk yang memerlukan makanan dan tempat tinggal
5. Mati sebelum datangnya kiamat. Maka jumlah boleh berkurangan.
6. Bertubuh kasar, ertinya mampu dirasa dengan pancaindera.

B) HAKIKAT MALAIKAT

1. Tercipta dari cahaya (annur).
2. Golongan yang taat kepada ALLAH SWT.
3. Tidak berjantina, tidak bertambah dan tidak juga berkurang.
4. Tidak diberi nafsu untuk makan.
5. Tidak mati sebelum datangnya kiamat, maka jumlah tidak berkurangan.
6. Bertubuh halus, tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tidak juga boleh disentuh.

C) HAKIKAT SYAITAN

1. Tercipta dari api (nahar)
2. Golongan yang derhaka kepada ALLAH SWT.
3. Ada yang lelaki dan perempuan, maka jumlahnya boleh bertambah.
4. Suka terhadap makanan, tetapi jikalau tidak makan tidak tidak mempengaruhi apa-apa. Ertinya, ia tetap akan hidup.
5. Tidak mati sebelum datangnya kiamat, maka jumlah tidak berkurangan.
6. Bertubuh halus, tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tidak juga boleh disentuh.

D) HAKIKAT JIN

1. Juga dicipta dari api (nahar).
2. Ada yang taat dan ada pula yang derhaka. jadi ada yang masuk syurga dan ada pula yang masuk neraka.
3. Ada yang lelaki dan perempuan, maka jumlahnya boleh bertambah.
4. Golongan yang memerlukan makanan.
5. Mati sebelum datangnya kiamat. Maka jumlah boleh berkurangan.
6. Bertubuh halus, tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tidak juga boleh disentuh.