WELCOME TO JENNA PAGE

Followers

Shout Box

The real enemy is on your side, pretending like he or she was a good friend...

Seorang kawan itu harus setia dan jujur,
walaupun pada akhirnya tua dan mati memisahkan.
Namun kelak ketahuan juga baiknya seorang sahabat 
yang mati oleh waris-warisnya, 
yang kelak juga menjadi teladan sebagai contoh yang paling baik.
(By Jenna : Ayat Melayu Kuno).

Sahabat selalu disimpulkan sebagai tempat meluahkan perasaan, 
sama juga dengan cermin yang memberi pantulan imej diri iaitu, 
mengeluarkan pendapat yang baik setelah sahabat meluahkan perasaannya. 
Sahabat juga boleh disamaertikan sebagai diari
Tetapi bezanya adalah pada fungsinya, 
misalannya diari hanya sebagai tempat untuk meluahkan, 
tanpa berfungsi untuk memberi pendapat. 
Sahabat yang seperti inilah yang akhirnya akan menjatuhkan kita. 
Tatkala mengetahui kelemahan kita, 
pada masa itulah dia akan melepaskan tempakan yang bertubi-tubi 
hingga kita hilang upaya untuk bangkit semula.

Kita sering dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang 
pendengki, si iri hari, perampas, si pengumpat, si gossip, 
si penikam, si penipu, si tak tahu malu, si biadap, si kedekut, 
penyempit, yang sering memperguna, 
yang bergantung pada orang lain, si pengetuk, si tamak, si besar mulut 
dan yang sewaktu dengannya. 
Kenalpasti, mana satukah sabahat anda. 
Kerana pada saya, sebaik-baik sahabat adalah 
sahabat yang tikam kita dari depan 
bukan yang tikam dari belakang. (By Jenna.)


Sahabat yang baik:
Tika lagi berduka...dia membawa bahagia. 
Tika lagi bersedih...dia membawa tawa.
Tika dalam bahaya dan musibah...dia datang sebagai pelindung.
Tika dalam masalah...dia datang dengan bantuan.
Tika rasa terbeban...dia datang untuk meringankan bebanan.
Tika kehilangan...dia datang menceriakan keadaan, menjernihkan suasana.
Tika kesunyian...dia meriuhkan keadaan.