WELCOME TO JENNA PAGE

Followers

Shout Box

Kuih Gunting

Assalammualaikum...

Minggu yang memenatkan, 
da la semalam penat mengemas rumah...
hari ni kena buat kuih pulak. 
Tadi baru siap kuih gunting. 
Malam kang pulak tolong Kak Amie buat kuih dia...kuih tat...

Hadoi lelah aku tengah-tengah nak buat
tibe-tibe tak ada air plak...
Apsal nih...malu la
da la PM nak datang buka puasa kat masjid Langat hari ni.
Malu la kalau tak ada air.
H...A...T...O...I...

Akhirnya berjaya abiskan kesemua adunan,
dalam pukul 5 lebih...
Nasib baik Kak Amie yang masak buka hari nih...
Hari ni Kak amie masak nasi lemak je,
cukup la untuk aku dengan dia je.
Mak, Ayah, Kak Aishah dengan Chemat
makan kat masjid.
Kat masjid Langat hari ni ada buat makan-makan,
berbuka puasa bersama PM.



 Ni lah dia sambal nasi lemak yang Kak Amie buat


Ni pulak kuih gunting yang aku dah buat


Cuma dapat 1 setengah balang je, bapak seday.
Ni baru satu adunan, 1kg tepung gandum.
Hasilnya ni la dia, sikit je.
Memang kerja-kerja buat kuih gunting ni leceh.
 
Antara bahan-bahan yang digunakan 
untuk buat kuih gunting nih adalah: 

1 kg tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 sudu kecil garam
Daun sup dan daun kari dipotong halus
Sedikit serbuk perisa / kiub ikan bilik - jika perlu
3 sudu ketumbar
3 sudu besar jintan putih
1 sudu jintan manis
tetapi bolej juga digantikan dengan rempah kari
1 cawan marjerin
1/2 cawan shortening jika perlu cairkan
2-3 biji bawang besar
1 cawan udang kering / ikan bilis
2 biji telur
1 cawan santan






Antara ingredient2 yang diperlukan