WELCOME TO JENNA PAGE

Followers

Shout Box

Tagline CINTA untuk di share... :)

Assalammualaikum rakan-rakan

Rasa-rasanya dah lama aku tak memblog kan diri sendiri kan. Kali nih aku nak share tag line atau ayat-ayat cinta untuk cerpen yang aku buat.


My own......

Hingga tersimpul kasih dihati
Hingga terpisah roh dari jasad
Itulah CINTA.

Tanpa dirimu, aku bagaikan hilang arah.

Milikilah hati ini
tanda cintaku
yang tak mungkin akan mati.

Teguhkan hati dari cinta yang merapuh.

Seminit, sesaat
hati meronta
mengejar bayangmu.












Rindu yang menyiksakan
Engkau yang mendamaikan.

Namamu tertulis dikotak hati.
Apa tulisanmu?

Ku buka tirai hati, penyahut cinta sang pria.

Hanya dia yang mampu merawat hatiku yang terluka.

Cintaku bukan sedikit seperti
hari-hari semalam
Tapi...
Cintaku banyak untuk
hari-hari esok yang mendatang.

Bisikkan rindumu menusuk ke kamar hatiku,
penuh syahdu.

Sang rindu memanggil namaku
sungguh merantai jiwa.

Air yang tenang terkocak jua

 


CINTA telah membakar sepi dalam hidup.

Renungannya melakar perasaan aneh dalam hidupku.

Cinta yang suci adalah cinta yang kekal abadi.

Dalam debaran pertama melihatnya
aku terpukau.


Mimpi malamku membuahkan rasa.

Hadirmu hanya sekejap cuma
Pergimu hanya sekelip mata.

Dikala aku seorang penanti
kau pula seorang pencari.

Cinta sejati takkan luput ditelan usia
kerana cintaku...hanya dia.

Walau jauh beribu batu
akan aku mengadu
jika diusik rindu.

Tika engkau kesunyian izinkan aku membuka kamar hatimu.

Namamu muncul pada kala aku berjaya melupaimu.

Tidur malamku mimpikan kamu.

Bicara hati mengapa membisu
adakah aku dilamun rindu.

Bilaku buka mata, aku terlihat dia.
Bilaku tutup mata, aku mimpikan dia.

Terlihat wajahnya, terasa bahagia.
Terpandang senyumnya, hatiku berbunga ria.

Aku melukis ria
Dia melakar bahagia
Kami mengabstrakkan cinta.

CINTA itu emang gratis,
CINTA dari dua negara.

Cinta ini akan aku hadiahkan padamu untuk
semalam, hari ini, besok dan selamanya.

Tuhan...
bilamana ku diberi kesempatan
untuk terus hidup bersamanya
untuk sentiasa berada disisinya
izinkan lah aku wahai Tuhan.

Setitis merah warna Cinta
Setitis biru warna Sayang
menghasilkan...
Setitis ungu warna Romantik.


JANGAN TIRU....JUST NAK SHARE JE......Maybe ada ayat-ayat yang agak merapu :) .

                                                                                                                                                             By JENNA