WELCOME TO JENNA PAGE

Followers

Shout Box

Karaoke Party !!!

Sepanjang aku bercuti di rumah ari tu kerja aku asyik ber-karaoke je....tapi secara online la....kalo nak try karok kat sini jom la.....ni link dia. http://www.karaokeparty.com/. Agak best jugaklah karaoke kat sini, its not depend what ur voice sounds like, tapi dia tengok tempo dan nada korang time nyanyi. Tak kira lah suara korang macam katak ke...hah...jangan terkejut pulak ye.....Karaoke kat sini sememang nya dapat markah, dan markah korang tu logik dengan tempo yang korang bagi.












Ni antara markah-markah tertinggi yang aku dapat.....ahahaha....bile difikirkan balik, macam lawak la pulak...akakakka....



Sekian sahaja untuk hari ini....bye...!!! :D


Hati-hati Apabila Bercakap, Bibir Anda Diperhatikan

Assalammualaikum semua...

Hari ni sy nak share dengan you'll tentang satu petikan yang sy baca dari novel yang bertajuk "Aku, Dia dan Gosip". So bacalah sebagai langkah berhati-hati.

Hati-hati Apabila Bercakap, Bibir Anda Diperhatikan...




Bibir korang ada tak yang sebesar ni.. 
kau ade?




Awas apabila sang ratu bersembang di hadapan sekumpulan kaum Adam. Berhati-hati jika anda mahu tersenyum, tertawa, tersengih apatah lagi tertawa 
terbahak-bahak. Tahukah anda, cara anda tersenyum, tertawa, tersengih boleh membuat lelaki nakal mentafsirkan peribadi anda. Gerak bibir sama ada terherot, terjuih ataupun mencebik semuanya memberi serubu makna. Sama ada anda kaki gosip, kuat mengumpat, kuat menikam orang dari belakang semuanya boleh terserlah melalui bibir anda!





Lebih ganas lagisekiranya sang raja bersama-sama teman sekufu menilik lenggang sang ratu Manalah tahu entah-entah berapa pinggan sang ratu makan, apa jenis lauknya, berapa banyak kalori sang ratu boleh diintai oleh sang raja. Wah tentu semua ini boleh menjadi bahan gosip dan bahan umpat sang raja.

Wah lelaki pown bowleh mengumpat....ape cerrrr...!!! Renung-renungkan dan selamat beramal... :D


Cinta via Cyber

Assalammualaikum kawan-kawan...

First for most, nak tanya satu soalan je.......Boleh percaya ke ada cinta, perkenalan melalui dunia cyber? Ley caye ke? Macam mana terbit cinta tu pown aku tak tahu. Sebab aku memang tak pernah merasai apa itu cinta. Jangan kata nak menyintai....menyayangi pun aku tak pernah. Mungkin pernah tapi itu cuma macam lebih  kepada admiring someone lah yang tak pernah nampak aku. Tapi aku selalu nampak dia. Tapi tu mase zaman skolah-skolah je. Bayangkan, masa tu aku dalam tahun amik PMR, then pada masa tu jugak aku dapat tahu yang dia selalu ulangkaji kat Library skolah. Bayangkan aku boleh pura-pura study kat situ saban hari, semata-mata nak tengok dia setiap hari, every single day! Dan Akhirnya, keputusan PMR aku cukup-cukup makan je. TAHNIAH jenna, well done. Lepas dari tu, aku da tak menggatal nak admire kat lelaki lagi. Cam bodoh je kalau cam tu, ada perasaan tapi pendam. Sampai sekarang aku masih ingat nama dia. (Mohd Shahridzul Azmi Jamaluddin). :D Tak malu pown nak sebut nama tu....sebab da lama berlalu.


Muka tak malu

Hah berbalik  pada cinta dunia cyber ni...bole caya ke. Mungkin boleh, dan memang ada pun pasangan yang bercinta melalui dunia cyber ni. Macam-macam da ada sekarang, macam yang kita nampak la MISC (Mampos I Sayang Kau), Yahoo Messenger! (Yahooo!...ada mesej...), Facebook (muke buku), tumblr (bile tab...tub...keyboard, screen jadi blur), Formspring (Musim bunga yang ada bentuk...what ever!!!), Myspace (aku punya ruang, aku punya suka), Blogger (sape yang kau tak suke...block je!), Word Press (kuiz tekan perkataan...cite ape ni! Adoi!), Twitter (twit...twit...main mase kecik je, zaman main pondok-pondok) and entah ape-ape benda haram lagi la mencarot-carot. Tapi pada aku memang ramai yang couple melalui benda-benda ni suma....suma ramai yang tak kekal lama.





OK sume TATA...TITI...TUTU...!!!

Im really sick of this!!!

Bila masuk sem sumenye indah belaka...sumenye nampak just nice, tapi sume tu cume awal sem je. Sebab bile da pertengahan sem dah mula nak banyak kena buat kerja, banyak assignment yang harus dibereskan secepatnya. Lain pulak ceritanya dengan akhir sem.... Bila semua student lain menjalani pepereksaan akhir sem....kami (budak-budak art) akan bertungkus lumus menyiapkan final work kami sementara student-student lain sebuk mentelaah buku.


Ramai yang anggap student art ni slalu buat kerja last minute, memang tak dinafikan lah sebab memang pon. Tapi you all x perlu la nak berpandukan pada satu fakta yang belum tentu 100%. Maksudnya, tak semestinya kami, art student ni suka buat kerja last minute, tak semestinya ya. Sebab macam yang kita tau student art ni, kitorang kena menjalani proses "PROCEED" dan  "REDO" sape work yang tak proceed lagi, so redha je la redo balik. Dan itu sebenarnye...MASALAH....masaalah yang buat datang dari kita....tapi dari pihak lain.

Hahahaha.....

Lain pulak bila da habis sem....MATI KUTU SEBAB TAK TAHU NAK BUAT APA....

So! tak perlu lah asyik nak menuding jari dekat kami kan.... :D ....